KUALA LIPIS. 17 Julai 2019 – Ziarah dakwah kali ini bertempat di Kampung Orang Asli Tidol,Pos Sinderut,selama 2 hari 1 malam.
Di sertai oleh MUIP cawangan Raub dan Bera seramai 5 orang,PAID Raub,JAKIM,serta Yayasan Khalifah dan di lantik sebagai urusetia program.
Pihak MUIP cawangan Lipis bersyukur kerana program ini mendapat sambutan dan respon yang baik dari penduduk setempat kerana ini adalah kali pertama MUIP cawangan Lipis mengadakan program di kampung tersebut.
Aktiviti yang di sediakan antaranya sukaneka lelaki dan perempuan,kejohanan futsal dan menjamu selera bersama penduduk kampung.
InsyaAllah pada masa akan datang,pihak penganjur akan menambah lagi aktiviti dan acara bagi memeriahkan lagi program dan secara tidak langsung akan menarik minat penduduk Kampung Tidol.