PEKAN. 01 Ogos 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan melihat keadaan seorang pesakit kencing manis dan buah pinggang di Perumahan Teratai, Kampung Marhum. Sebelah kakinya telah dipotong dan kini hanya terlantar di rumahnya. Beliau mempunyai seorang anak Orang Kelainan Upaya dan seorang lagi masih bersekolah peringkat menengah, manakala suaminya pula kini mengalami masalah kemurungan. Pentadbiran ini akan melihat bantuan yang boleh dibantu bagi membolehkan beliau mendapat rawatan yang diperlukan dan meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung buat masa ini.