PEKAN. 01 Ogos 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan akan mengadakan Program Ibadah Korban di Perkampungan Orang Asli RPS Runchang pada tahun ini. Kakitangan pentadbiran ini telah meninjau dan memilih lembu untuk dijadikan korban dalam program yang akan diadakan nanti. Program ini diadakan bagi berkongsi pengetahuan bersama masyarakat Orang Asli Islam mengenai tuntutan dan hikmah Ibadah Korban dan juga sebagai salah satu program pemantapan aqidah serta dakwah kepada yang masih belum menganut Agama Islam.