PEKAN. 04 Ogos 2019 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Kejohanan Sukaneka Tadika Pintar Al-Quran 2019 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Terentang bermula jam 08.00 pagi hingga 01.00 petang. Pelbagai acara pertandingan telah diadakan bagi kategori murid-murid dan juga acara khas bagi Ibu-Bapa dan Penjaga yang hadir. Kejohanan ini bukan hanya sekadar sukan yang bertujuan mencari pemenang, tetapi sebagai pentas melatih murid-murid supaya berani menyahut cabaran serta membiasakan diri dalam suasana masyarakat yang ramai. Selain daripada itu juga, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara sesama Ibu-Bapa, Penjaga dan pentadbiran Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Pegawai Agama Islam Daerah Pekan Tuan Haji Mohd Aris Bin Jamin Al-Hafiz dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.