BERA. 26 Februari 2019 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM telah menganjurkan Program Ziarah & Ramah Mesra bersama masyarakat orang asli Paya Berangan Bera. Antara aktiviti yang diadakan ialah ziarah rumah ke rumah serta penyerahan hamper sumbangan daripada MUIP Cawangan Bera kepada penduduk kampung Paya Berangan.