BERA. 19 Februari 2019 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM & juga Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli (PPMOA) PETAMA telah menganjurkan Program Ziarah & Ramah Mesra bersama masyarakat orang asli Pelong(pos iskandar) Bera. Antara aktiviti yang diadakan ialah ziarah rumah ke rumah, bancian penduduk kampung bagi mengumpul maklumat penduduk islam serta bukan islam serta penyerahan hamper sumbangan daripada MUIP Cawangan Bera kepada penduduk kampung Pelong.