Takrif
Ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan halal yang hanya boleh menampung 50% daripada keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah.
Kriteria
Iaitu perkara 1 dan mana-mana kriteria berikut:
- Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Pahang.
- Ada harta tetapi hasil tidak mencukupi keperluan diri dan tanggungan.
- Mempunyai pendapatan halal yang boleh menampung 50% keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah.
- Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi tidak mencapai had kifayah.
- Wanita atau anak-anak yang hilang tempat bergantung atau teraniaya.
- Cacat atau sakit kronik yang berupaya menyara kehidupan tetapi tidak mencukupi had kifayah.
- Ada harta yang boleh menampung keperluan asasi dan boleh dimanfaatkan tetapi masih tidak mencukupi.
- Ditimpa bencana yang menyebabkan hilang tempat perlindungan dan terdesak bagi mencari keperluan diri dan tanggungan.
Konsep Agihan
- Meningkatkan taraf hidup dan mengeluarkan orang miskin daripada kategori asnaf.
- Menampung keperluan asasi sehingga mencukupi.
- Pengagihan dibuat dalam bentuk bantuan kewangan/barangan atau manfaat.
- Menjalan dan memajukan usaha-usaha pengembangan ekonomi/menjana dan berdikari.
- Membantu pendidikan anak-anak miskin.
- Membantu sebarang usaha untuk meningkatkan taraf hidup.
- Membantu kemiskinan sementara yang memerlukan dan mendesak.
- Membangunkan nilai kerohanian asnaf.
- Agihan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.
**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.