Takrif
Golongan yang berhutang termasuk penjamin untuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh syarak.
Kriteria
Iaitu perkara 1 dan mana-mana perkara dalam perkara 2 seperti berikut :
- Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Pahang.
- Penghutang mestilah seorang yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyelesaikan hutang.
- Penghutang mestilah untuk keperluan asasi/ keperluan diri dan tanggungan atau perkara yang diperakui syarak sahaja.
- Berhutang untuk membiayai rawatan kerana penyakit kronik dan tiada kemampuan dan pembiayaan.
- Hutang-hutang yang mendesak yang tidak terancang (seperti yuran pengajian/bil-bil tertunggak kerana terpaksa mendahulukan keperluan yang lebih asas).
- Penjamin hutang adalah orang yang teraniaya dan disenarai hitam.
- Penjamin kepada seorang muslim.
- Penjamin tiada sumber kewangan menjelaskan hutang.
- Penjamin hutang bagi perkara yang dibenarkan syarak dan bukan dalam perkara yang berlebihan seperti menjalani kehidupan berlebihan.
- Berhutang bagi menyelesaikan masalahah ummah.
- Hutang bukan kerana sikap (seperti hutang bil-bil yang tertunggak kerana kecuaian dan ambil mudah atau menjalani hidup berlebihan atau melebihi keperluan).
Konsep Agihan
- Bantuan berdasarkan keperluan sebenar setelah dibuat siasatan terhadap kewangan penghutang.
- Hutang hendaklah semata-mata dalam perkara yang diharuskan syarak serta tidak mempunyai sumber kewangan untuk menjelaskan hutang tersebut.
- Bayaran terus kepada pemiutang berdasarkan bil atau sebarang keterangan bertulis yang pasti kesahihannya.
- Bantuan boleh dibuat dalam bentuk Pinjaman Qardhul Hasan.
- Peruntukkan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.
**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.