RAUB. 24 November 2018 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Raub telah mengadakan satu majlis tahunan iaitu Ihtifal TPQ MUIP bagi acara penutup sesi pembelajaran tahun 2018. Majlis telah disempurnakan oleh Ustaz Hazwan Hafiz Abdul Jalil selaku Pegawai MUIP Raub. Ibu bapa dan tetamu yang hadir turut dimeriahkan dengan persembahan oleh murid-murid antaranya persembahan nasyid, bacaan doa, surah-surah pilihan, bercerita dan pelbagai lagi. murid-murid turut menerima hadiah dan sijil Tadika Pintar Al-Quran bagi tahun 2018. Majlis berakhir dengan jamuan tengah hari.