RAUB. 31 Oktober 2018 – MUIP RAUB telah menyerahkan sumbangan bencana kepada mangsa kebakaran iaitu Encik Kamarudin bin Omar dan Encik Fadzil bin Lokman. Sumbangan berjumlah RM1,000.00 setiap seorang bagi meringankan beban yang ditanggung mereka sekeluarga. Pada 25 Oktober 2018 jam 4.30 petang telah berlaku satu kebakaran melibatkan 3 buah rumah termasuk sebuah rumah berbangsa india. kebakaran menyebabkan ketiga-tiga buah rumah tersebut rosak dan melibatkan jumlah kerugian yang besar. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.