KUANTAN. 19 Mei 2018 bersamaan 3 Ramadan 1439H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengampuni limpah perkenan menyempurnakan pengurniaan sumbangan peribadi baginda dan sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kepada 149 orang golongan yang memerlukan terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya yang menerima wang tunai RM300 seorang berserta hamper barang-barang keperluan harian dan kuih raya.

Turut menerima kurniaan duit raya kira-kira 130 orang kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa masing-masing di majlis tersebut.

Pengurniaan sumbangan ini bersempena majlis berbuka puasa bersama-sama KDYMM Tuanku yang diadakan di Masjid Kampung Paya Bungor.

Hadir sama, YDH Orang Kaya Indera Pahlwan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan,YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pemimpin-pemimpin setempat.