PEKAN. 30 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Bank Rakyat Pekan, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Medang Dan Masjid Kampung Tanjung Medang telah melaksanakan Program Khairul Ummah Siri 2 berbentuk forum. Ahli panel terdiri daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pejabat Agama Islam Daerah Pekan (PAID) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan membincangkan tajuk Bahagia Dunia, Bahagia Akhirat. Seramai dua puluh orang penerima telah menerima sumbangan daripada Bank Rakyat Pekan. Program ini bertujuan mendekati masyarakat bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini dan pada masa sama menerima maklumbalas secara langsung. Program ini diadakan secara berkala dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.