BERA. 08 Februari 2018 – MUIP cawangan Bera telah mengadakan program ziarah masyarakat asli di 3 buah kampung iaitu Suba,Telemong serta Kuala Serting di daerah Bera pada 08 Februari 2018.Program ini di sertai PAID Bera dan juga PPMOA daerah Bera.Program bermula dengan ziarah rumah ke rumah sebanyak 50 buah rumah di sebelah pagi.Program ini bertujuan untuk memupuk hubungan mesra dan secara langsung menerapkan pendekatan dakwah secara lebih santai kepada masyarakat orang asli di kampung ini serta merapatkan hubungan di antara pentadbir agama daerah ini.Program ini berakhir pada sebelah petang dan dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.Semoga apa yang di usahakan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah SWT.