CHENOR. 08 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Chenor bersama Tadika Pintar al-Quran MUIP Chenor telah mengadakan majlis suai kenal dan bacaan yasin bersama ibubapa penjaga pelajar Tadika Pintar al-Quran MUIP Chenor, majlis tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pentadbiran, guru-guru dan ibubapa penjaga pelajar. Majlis itu juga menerangkan kepada ibubapa penjaga perjalanan Tadika sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pentadbiran. Majlis tersebut dapat sambutan daripada ibubapa pengaja dan majlis berjalan dengan jayanya.