PEKAN. 25 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Pekan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Pekan, Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM Daerah Pekan, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Miang, Jawatankuasa dan Pegawai Masjid Kariah Sungai Miang dan Guru Briged Dakwah Daerah Pekan telah melaksanakan Program Ziarah Dakwah dan Pemantapan Aqidah di KOA Sungai Kalong. Program bermula dengan ziarah rumah ke rumah sebanyak 110 buah rumah dan diikuti dengan program pemantapan aqidah bagi mereka yang telah menganut agama Islam. Selain daripada itu juga diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan juga acara sukaneka yang melibatkan semua peringkat warga penduduk samada kanak-kanak ataau dewasa bertujuan bagi memupuk hubungan mesra dan secara langsung menerapkan pendekatan dakwah secara lebih santai. Prgram telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.