TEMERLOH. 24 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menganjurkan Program Walimatulurus 4 Pasangan Saudara Baru Orang Asli di Kampung Orang Asli Paya Rekoh, Jenderak Selatan Temerloh. Majlis ini mendapat kerjasama dari Pejabat Agamai Islam Daerah Temerloh (PAID), Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) dan Pejabat Parlimen Kuala Krau. Majlis bermula jam 9.00 pagi dimulakan dengan Ceramah berkaitan Alam Rumahtangga dan di ikuti pula dengan majlis akad nikah 4 pasangan saudara baru di surau koa paya rekoh. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah dan berakhir dengan jamuan makan tengahari. Semoga pasangan pengantin dapat menempuhi alam rumah tangga dengan baik dan menjalani cara hidup bersyariat. Tahniah dan selamat pengantin baru.