MUADZAM SHAH. 09 April 2024 – MUADZAM SHAH, 9 April 2024 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah sekali lagi mengambil inisiatif menyalurkan bantuan berupa 14 tin susu Similac Lactose Free yang berjumlah RM 1,190.00 kepada Encik Mohd Yusof dari Felda Keratong.

Beliau berkata, anaknya yang berusia 1 tahun yang menerima rawatan susulan di Hospital Segamat disarankan supaya mendapatkan susu tersebut. Prihatin dengan ujian yang dilaluinya itu, pihak MUIP juga telah meluluskan bantuan baucer secara bulanan. Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan urusan keluarga beliau khususnya dari sudut kewangannya.

Semoga setiap ujian yang mereka tempuhi dapat dilalui dengan tabah. Ujian yang datang tidak lain dan tidak bukan ini datang daripada Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada-Nya.