MUADZAM SHAH. 20 Mac 2024 – MUADZAM SHAH, 20 Mac 2024 – Satu kejadian kebakaran yang mengakibatkan sepasang suami isteri kehilangan harta benda sekelip mata apabila tempat tinggal mereka dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Felda Selancar 1, Muadzam Shah.

Ketika kejadian berlaku seawal jam 5 pagi itu, tiada sesiapa dirumah kerana mereka berdua berada di Hospital Muar, Johor. Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah tampil melihat keadaan rumah yang terbakar itu bersama Amil Fitrah kawasan Selancar 1. Pihak MUIP menyampaikan wang zakat berjumlah RM5,000.00 kepada Encik Wan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Jiran sebelah rumah mereka berkata pada awalnya ketika sedang menyiapkan makanan untuk bersahur, beliau terdengar bunyi letupan seakan bunyi mercun, kemudian meninjau keadaan luar rumah dan melihat api telah marak membakar. Sejurus kemudian bomba hadir memadamkan kebakaran tersebut.

Semoga mangsa terus diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kesakitan dan kehilangan harta benda seperti ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.