ROMPIN. 27 Februari 2024 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menganjurkan satu Forum Khairul Ummah bertajuk Harta Yang Membahagiakan bertempat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin.

Forum yang melibatkan barisan panelis dari MUIP serta Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang ini dianjurkan bertujuan untuk memberi penerangan serta pencerahan kepada masyarakat setempat tentang hal ehwal dan isu-isu semasa terkait dengan dunia agihan dan kutipan zakat di Negeri Pahang.

Diharapkan dengan penganjuran forum ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kefahaman masyarakat disamping memberikan kepada mereka pencerahan berhubung dengan isu-isu yang melibatkan agihan dan kutipan zakat di Negeri Pahang khususnya.