ROMPIN. 14 Februari 2024 – Seorang pemuda berusia 23 tahun yang berasal dari Kampung Orang Asli (KOA) Mentelong telah memilih Islam sebagai agama dan pegangan hidupnya, dan beliau telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin.

Beliau telah dibimbing untuk melafazkan Dua Kalimah Syahadah serta diberi penerangan berkenaan Islam oleh Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Daerah Rompin, Ustaz Mohamad Hambali Bin Saro.

Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada saudara baharu ini untuk terus memahami, mendalami dan menghayati serta kekal berpegang teguh dengan ajaran dan nilai-nilai Islam sehingga ke akhir hayat beliau.