CAMERON HIGHLANDS. 08 Januari 2024 – Tanah kubur di Kampung Raja,Cameron Highlnads mengalami tanah runtuh akibat daripada hujan sepanjang hari baru-baru ini.
Seperti sedia maklum, bulan Disember merupakan musim tengkujuh yang berlaku di negara Malaysia setiap tahun.
Pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Cameron Highlands hadir melihat keadaan di tanah kubur tersebut bersama-sama Pengerusi Masjid Kampung Raja.
Dimaklumkan bahawa kubur-kubur di tanah kubur tersebut bernasib baik kerana tanah runtuh tersebut tidak menimbus kubur yang terdapat di situ.
Pengerusi Masjid juga memaklumkan kerja-kerja pembersihan tanah akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.