ROMPIN. 20 Disember 2023 – Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin  dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Endau dan JPKK Kampung Jawa telah mengadakan sebuah Program Cakna Asnaf Bersama Komuniti bertempat di Kampung Jawa , yang terletak dalam Mukim Endau , Daerah Rompin.

Sekitar 40 buah keluarga dari kampung berkenaan telah disantuni dalam program kali ini. Turut hadir bersama bagi menjayakan program ini adalah urusetia-urusetia dari MUIP Cawangan Daerah Muadzam Shah dan wakil-wakil dari Kampung Sungai Meranti dan Kampung Seringkin yang turut berada di bawah pentadbiran JPKK Kampung Jawa.

Penganjuran program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengenalpasti asnaf yang berkelayakan dari seluruh daerah Rompin seterusnya mengelakkan golongan berkenaan dari tercicir menerima bantuan zakat.