MUADZAM SHAH. 10 Oktober 2023 – MUADZAM SHAH, 10 Oktober 2023 – Satu berita yang mengejutkan dimaklumkan kepada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengenai kematian seorang Imam Masjid An-Nahdhah, Bukit Ibam yang juga merupakan Amil Zakat Fitrah di kawasan tersebut.
Pemergian beliau sangat dirasai kerana jasanya kepada masyarakat sangat banyak termasuklah dalam urusan berkaitan masjid, bantuan kepada asnaf, mengadakan kelas-kelas agama dan juga khidmat memudahkan urusan orang lain menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Bagi menghargai jasa beliau yang telah berkhidmat sebagai Imam sejak tahun 2011, pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah menyampaikan wang tunai RM1,000.00 kepada warisnya sebagai permulaan, semoga urusan beliau serta warisnya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kita semua yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan dalam menempuh hari-hari mendatang.