MUADZAM SHAH. 03 Oktober 2023 – MUADZAM SHAH, 03 OKTOBER 2023 – Sebanyak 50 buah rumah telah diziarahi oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah dengan kerjasama MUIP Cawangan Daerah Rompin, Pejabat Felda Keratong 2, AJK Masjid Al-Makmuriah Felda Keratong 2 dan Briged Asnaf dalam Program Cakna Asnaf Bersama Komuniti baru-baru ini.
Dalam program ini, setiap asnaf diberikan set barangan makanan asasi sebagai buah tangan ketika sesi ziarah di rumah mereka. Matlamat utama program ini diadakan adalah bertujuan mendekati asnaf bagi membantu mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan.
Disamping itu, pihak MUIP juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama jabatan-jabatan lain. Pihak MUIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menyertai program ini, semoga dengan usaha kita membantu golongan yang kurang bernasib baik akan diberkati Allah S.W.T.