BERA. 17 Oktober 2023 – MUIP Cawangan Bera telah menziarahi serta menyantuni mangsa kemalangan yang membuat permohonan Bantuan Perubatan di felda mengkuang, Bera.

Mangsa iaitu adik Muhammad Zakwan Ali Bin Md Nanyan ’13’ yang mengalami kemalangan jalanraya pada Jun memerlukan rawatan jangka panjang akibat kecederaan bahagian kepala dan kaki kanan.