BERA. 26 September 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Cawangan Bera dengan kerjasama Pengerusi JPKK Kg Dato’ Sri Hamzah, Amil serta Setiausaha telah menziarahi dan menyantuni seramai 10 orang asnaf dalam Program Cakna Asnaf Bersama Komuniti.

Aktiviti ini bermula pada sebelah pagi dan berakhir pada sebelah petang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah ziarah rumah ke rumah serta penyerahan hamper fidyah berupa barang keperluan asas.

Program ini merupakan salah satu pendekatan dalam usaha menjejaki serta membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal, pesakit terlantar dan juga orang kurang upaya (OKU).
Semoga dengan usaha sebegini melalui kerjasama semua pihak, golongan asnaf dan yang memerlukan akan terus terbela.

#MuipBera#BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat