TEMERLOH. 08 Oktober 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh disini telah menyampaikan bantuan zakat berupa mesin Portable Oxygen Concentrator kepada Encik Ab. Rahman bin Md Noor, 77 tahun. Menurutnya, beliau amat memerlukan mesin berkenaan kerana tidak dapat tidur terutama pada waktu malam tanpa alat bantuan pernafasan ini.

Pemohon yang menghidap sakit kanser paru-paru diberikan bantuan zakat perubatan berupa mesin Portable Oxygen Concentrator bernilai RM 7,950.00. Beliau yang sudah tidak lagi berkemampuan untuk menyewa mesin tersebut daripada syarikat swasta telah memohon bantuan zakat MUIP bagi membantu beliau.

Bantuan ini telah disampaikan oleh wakil kepada Pengurus MUIP Cawangan Daerah Temerloh sehari selepas siasatan permohonan dilakukan.

Semoga bantuan yang diterima ini dapat memberikan manfaat sepenuhnya ke penerima.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf