TEMERLOH. 10 Oktober 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh disini telah meluluskan bantuan zakat bulanan kepada Encik Mohd Azmi bin Yunus, 60 tahun. Pemohon menyara seorang anak yang menghidap sakit saluran darah bocor pada bahagian kepala serta permasalahan pada sistem pernafasan.

Adik Alif Firdaus,12 tahun telah mendapat rawatan di HTAA Kuantan pada 23 September lalu setelah didapati pengsan di rumahnya beralamat di Kampung Paya Jauh. Doktor telah menetapkan pesakit memerlukan penjagaan rapi serta hanya diberi minuman susu formula khas setiap 3 jam sahaja dan tidak boleh diberi apa-apa makanan lain. Selain dari itu juga, adik Alif Firdaus tidak dapat bergerak terutamanya untuk ke tandas bagi menguruskan diri.

Bantuan bulanan ini telah pun disalurkan secara terus ke akaun penerima. Lawatan siasatan bantuan ini telah dibuat oleh wakil kepada Pengurus MUIP Cawangan Daerah Temerloh.

Semoga bantuan yang diterima ini dapat meringankan beban serta bermanfaat kepada penerima.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf