TEMERLOH. 20 September 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menghantar bantuan zakat berupa peralatan perubatan mesin Portable Oxygen Concentrator kepada Puan Hanizan binti Ishak, 60 tahun. Beliau yang memerlukan penjagaan sepenuhnya akibat strok telah mendapat perhatian MUIP setelah mendapat sakit pada Julai tahun ini.

Bantuan mesin yang bernilai RM 7,950.00 ini memudahkan pergerakan penerima bantuan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan pakar.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Pengurus MUIP Cawangan Daerah Temerloh pada pagi ini dengan dibantu oleh pegawai Al Farabi OHS services SDN BHD sebagai pembekal mesin berkenaan.

Semoga bantuan yang diterima oleh Puan Hanizan ini dapat memudahkan pergerakan beliau serta bermanfaat sepenuhnya.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf