TEMERLOH. 27 September 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menghantar bantuan peralatan kepada En Safri daripada Kg Bolok, Lanchang.
Beliau merupakan seorang nelayan sungai telah menerima sebuah engin bot yang bernilai RM 5900.00 daripada MUIP setelah membuat permohonan di MUIP cawangan Daerah Temerloh.
Bantuan ini disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah MUIP Cawangan Temerloh dan kakitangan pejabat Muip.
Semoga bantuan yang diterima oleh En Safri dapat meningkatkan pendapatan beliau untuk menyara keluarga beliau.
#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf