ROMPIN. 19 Julai 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin terus komited menyantuni Masyarakat Orang Asli di daerah ini dengan menganjurkan Program Ramah Mesra Dan Tarbiyyah Muallaf ke Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Lepas.

Sekitar 65 buah keluarga telah diziarahi dalam program kali ini, dan 15 buah keluarga daripada keseluruhan keluarga yang menghuni perkampungan Orang Asli berkenaan merupakan keluarga yang menganut Agama Islam, manakala baki 50 buah keluarga lagi merupakan keluarga bukan Islam.

Antara pengisian yang diadakan dalam program kali ini adalah ziarah dan dakwah santai dari rumah ke rumah kesemua keluarga di kampung berkenaan, serta sesi Tarbiyyah Muallaf  bersama dengan penduduk yang beragama Islam di Surau KOA berkenaan.

Program ini turut dijayakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Rompin , Kolej Komuniti Daerah Rompin, Guru Briged Dakwah MUIP Rompin, serta PERKIM Daerah Rompin.

Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin serta agensi-agensi yang terlibat dengan penduduk di KOA ini. Semoga Allah S.W.T mengurniakan Sinar Hidayah-Nya buat penduduk-penduduk di perkampungan ini.