BERA. 11 Julai 2023 – Muip Cawangan Bera telah pergi ke rumah asnaf di Kampung Kuala Triang dan juga Kampung Dato’ Sri Hamzah yang telah dipilih sebagai calon tajaan umrah Syarikat Travel andalusia dikalangan asnaf penerima bantuan bulanan muip.

Pihak Syarikat Travel Andalusia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang telah berbesar hati menawarkan tajaan umrah secara percuma kepada asnaf-asnaf di negeri Pahang dengan memohon pihak Muip untuk mencari dan memilih 2 orang asnaf dari setiap daerah berdasarkan kategori yang telah ditetapkan oleh pihak Andalusia.

Diantara kategori yang telah ditetapkan antaranya, asnaf mestilah bermastautin di negeri Pahang, berusia dari 53 tahun hingga 73 tahun, tidak pernah mengerjakan umrah, serta berminat untuk mengerjakan umrah, berpengetahuan asas agama islam dan lain-lain lagi.

Mereka dijangka akan bertolak ke Mekah pada 02 ogos 2023 jam 04.50 petang. Pihak Andalusia juga telah menghadiahkan kepada semua calon 3 buah beg, 1 beg kargo, 1 beg galas dan 1 beg kecil.

Semoga mereka semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik serta diberikan kesihatan disepanjang tempoh mereka berada disana serta mendapat umrah yang mabrurah, insyaAllah.