KUALA LIPIS. 19 Julai 2023 – Tiga buah rumah bakal dibina di tiga buah kampung iaiti Kampung Mela, Jeram Bungor serta Atong.
Rumah ini bakal dimiliki para asnaf yang layak setelah dinilai dan dikaji mengikut syarat yang ditetapkan.
Pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan kontraktor hadir ke setiap tapak rumah asnaf bagi melihat dan membincangkan struktur dan kesesuaian rumah yang akan dibina.
Pihak MUIP juga sempat meluangkan masa memantau kerja semasa pembinaan rumah baharu asnaf di Kampung Pasu, Kerambit.
Semoga bantuan rumah asnaf ini mamou memberi manfaat dan kegembiraan kepada para asnaf.