BERA. 27 Jun 2023 – Muip Cawangan Bera telah mengadakan program cakna asnaf di Felda Mayam. Program ini adalah bertujuan untuk menjejaki asnaf fakir dan miskin yang sakit terlantar dan juga yang tidak berkemampuan untuk bekerja.
Dalam program tersebut terdapat kira-kira 13 buah rumah yang telah dikenal pasti asnaf yang layak untuk dipertimbangkan bantuan yang sewajarnya. Turut disampaikan juga sumbangan hamper barangan makanan kering dan juga beras.
Turut serta dalam menjayakan program ini, wakil daripada Pejabat Felda Mayam, JPKK, AJK Masjid Felda Mayam dan juga amil.