MUADZAM SHAH. 26 Jun 2023 – MUADZAM SHAH, 26 Jun 2023 – Rumah seorang peneroka Felda yang tinggal di Keratong 7 telah dilanda angin ribut ketika hujan lebat petang semalam, ahad 25 Jun 2023.
Beliau yang tinggal bersama isteri dan dua orang anaknya di rumah tersebut bersyukur kerana kejadian ribut yang menerbangkan atap bahagian bilik tidur dan ruang tamu rumahnya itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. Beliau menceritakan ketika ribut itu melanda, sebatang kayu dari atas telah jatuh ke bawah yang mengakibatkan kerosakan pada kerusi sofa miliknya. Isteri beliau sempat beredar sebelum kayu tersebut menimpanya.
Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah hadir menziarahi mangsa ribut di rumahnya serta menyampaikan agihan zakat sebanyak RM500.00 bagi meringankan bebanan yang ditanggung.