TEMERLOH. 15 Jun 2023 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang cawangan Temerloh telah menziarahi saudara Zul Faizul Ikmal yang tinggal di Taman Rimba, Mentakab setelah mendapat aduan daripada orang ramai.

Ziarah ini bertujuan untuk melihat keadaan beliau yang mengalami sakit misteri yang memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk rawatan susulan di Hospital.

MUIP akan membantu beliau sebaik mungkin mengikut kelayakan yang diputuskan oleh pihak MUIP.

#MuipCaknaAsnaf
#ZiarahKasihAsnaf
#MuipCawTemerloh