MUADZAM SHAH. 13 Jun 2023 – MUADZAM SHAH, 13 Jun 2023 – Serahan zakat berupa peralatan membaiki rumah telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah (PCD), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah kepada Encik Jamizam yang tinggal di Kampung Aur, Muadzam Shah.

Ketika banjir baru-baru ini, keseluruhan rumahnya ditenggelami air sungai yang melimpah. Pihak MUIP mendapati bahawa akibat air yang tinggi itu telah menyebabkan kerosakan rumah beliau khususnya pada bahagian atap, kayu dan dinding.

Keseluruhan agihan zakat barangan binaan bagi baikpulih bahagian rumah yang rosak ini berjumlah RM7,500.00. Semoga dengan bantuan ini dapatlah beliau sekeluarga tinggal di rumah yang lebih selamat dan selesa.