MUADZAM SHAH. 20 Jun 2023 – MUADZAM SHAH, 20 JUN 2023 – Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah penerima zakat berupa sebuah kediaman baharu kepada Encik Hafizuddin bersama isteri dan tiga orang anak mereka.
Rumah yang mereka diami di tapak yang sama sebelum ini telah musnah dijilat api dan tidak selamat untuk diduduki. Setelah peristiwa kebakaran itu, mereka hanya menumpang kediaman bapa mertuanya. Kini, setelah siap sepenuhnya bangunan rumah ini, mereka sekeluarga dapatlah kembali menetap di Desa Jati semula. Rumah yang dibina dengan kos RM90,000.00 ini telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah (PCD), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah sebentar tadi.
Semoga mereka sekeluarga dapat menetap di rumah ini dengan selesa dan selamat untuk meneruskan kehidupan seharian mendatang.