MUADZAM SHAH. 30 September 2022 – MUADZAM SHAH, 30 September 2022 – Meskipun dalam keadaan hujan yang lebat, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah tetap memastikan juga katil perubatan segera diserahkan kepada asnaf.
Encik Hamid yang diuji dengan penyakit strok sejak enam bulan yang lalu diberikan sebuah katil tiga fungsi serta wang tunai RM300.00 di rumah beliau yang terletak di Kampung Rekoh. Bantuan zakat yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah bersama dua orang kakitangan MUIP Cawangan Muadzam Shah ini turut disaksikan oleh Ketua Kampung Rekoh.
Sesungguhnya hasil zakat sangat besar peranannya dalam membantu golongan yang memerlukan. Teruskan menunaikan zakat di Pusat Kutipan Zakat, agar kita semua mendapat berkat dari hasil pendapatan kita disamping dapat melaksanakan kewajipan kita sebagai Muslim.