BENTONG. 23 Februari 2022 – Muip Cawangan Bentong telah menyerahkan 50 buah hamper berupa makanan asasi dan juga 50 guni beras kepada Pihak pengurusan Masjid Jamek Karak untuk diserahkan kepada Asnaf yang terputus bekalan. Sumbangan diserahkan kepada Ustaz Baharom bin Bedu selaku Imam 1 Masjid berkenaan.