BENTONG. 30 Mac 2022 – Muip Cawangan Bentong telah mengadakan program ziarah Asnaf dan cakna warga emas di sekitar kampung Benus dan Chegar Medang. Tujuan untuk mengenal past mereka yang Memerlukan bantuan. Seramai 10 keluarga disantuni semasa program tersebut. Turut hadir sama En Abdul Syukor selaku Amil Zakat bagi kawasan tersebut. Semoga dengan usaha ini dapat menggembirakan mereka.