BENTONG. 07 Februari 2022 – Muip Cawangan Bentong telah mengadakan program ziarah Asnaf bulanan dibawah Majlis Ugama Islam Pahang di Daerah Bentong. Tujuannya adalah untuk bertanya khabar dan beramah mesra dengan golongan asnaf. Turut dijalankan kaji selidik keperluan asnaf bagi melihat kepuasan berkenaan dengan bantuan yang pihak Muip berikan. Seramai 30 asnaf terlibat bagi program tersebut melibatkan kawasan Karak dan Bentong.