BENTONG. 24 Mei 2022 – Pihak MUIP cawangan Bentong telah mengadakan pertemuan bersama pihak Mempaga Segar untuk membincangkan kerjasama yang bakal memberi manfaat kepada golongan Asnaf Daerah Bentong. Tujuan perbincangan dilakukan adalah untuk menjadikan pasaraya Mempaga Segar sebagai sub Pasaraya Darul Makmur(PDM) yang tiada di Daerah Bentong. Ini akan memudahkan Asnaf di Daerah Bentong untuk membeli barang keperluan harian mereka. Semoga dengan adanya kerjasama ini dapat dijayakan untuk kebaikan Asnaf di Daerah Bentong.