TEMERLOH. 20 Julai 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh hari ini telah membawa kontraktor bagi kerja kerja baikpulih rumah asnaf dan bina baru yang telah mendapat bantuan daripada Muip.

2 keluarga daripada Kg Jergoh dan Kg Teris mendapat bantuan baik pulih rumah hasil daripada program jejak asnaf yang dianjurkan Muip Temerloh pada bulan yang lalu. 1 buah keluarga pula dari Felda Bukit Damar mendapat bantuan bina baru rumah.

3 buah rumah ini layak mendapat bantuan baikpulih rumah dan bina baru. Kerja kerja baikpulih dan bina baru ini dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik Muip. Semoga kerja kerja ini berjalan dengan baik agar asnaf yang terlibat dapat menduduki rumah tersebut dengan selesa.

#caknaasnaf #muiptemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat