TEMERLOH. 19 Julai 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu hari ini telah menyerahkan bantuan bencana kepada mangsa ribut pada hujung bulan yang lalu.

Sebanyak 26 buah rumah terjejas ribut yang berlaku pada hujung bulan yang lalu. Rata rata rumah telah mengalami beberapa kerosakan atap di beberapa bahagian rumah akibat di tiup angin kencang dan di timpa pokok tumbang.

Bantuan berupa wang tunai telah di sampaikan oleh Pihak Muip Cawangan Temerloh kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga dengan sedikit sumbangan kewangan daripada MUIP dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa.

#caknaasnaf #baitualmalpahang #muiptemerloh #terimakasihpembayarzakat