ROMPIN. 22 Julai 2022 – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul mungkin ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan situasi seorang warga emas iaitu Puan Zainab Binti Awang, 69 dari Kampung Bangkong. Beliau kini terlantar akibat penyakit Jantung serta Kanser Ovari yang dihidapi.

Tampil membantu, pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyalurkan bantuan berupa sebuah Katil Hospital Tiga Fungsi bernilai RM 2775.00 bagi membantu memudahkan urusan kehidupan harian Puan Zainab.

Ketika penyerahan dilakukan di kediamannya , Puan Zainab telah diwakili oleh anak dan menantunya memandangkan beliau masih lagi berada di wad hospital dan sedang menunggu untuk menjalani pembedahan.

Diharapkan dengan  bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh Puan Zainab. Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesabaran kepada beliau dan menggantikan ujian yang menimpa beliau dengan nikmat yang lebih baik.