ROMPIN. 22 Julai 2022 – Seorang warga emas dari Kampung Sungai Puteri, Puan Zainon Binti Ismail, 59 kini terlantar akibat penyakit Kanser Pangkal Rahim yang dihidapinya.  Beliau telah diuruskan oleh suaminya Encik Abdullah Bin Mat Nor, 61 yang masih berkhidmat sebagai kakitangan di sebuah Kilang Kelapa Sawit di Muadzam Shah.

Pendapatan Encik Abdullah kini mula merosot dan terjejas memandangkan beliau tidak dapat bekerja secara penuh dan terpaksa mengambil cuti sekiranya kesihatan isterinya mula merosot.

Tampil membantu, pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin menyalurkan bantuan peralatan perubatan berupa sebuah Katil Hospital Tiga Fungsi bagi kegunaan isteri beliau.

Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan Encik Abdullah dan isteri. Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesabaran kepada mereka dan menggantikan ujian yang menimpa mereka dengan nikmat yang lebih baik.