TEMERLOH. 12 Julai 2022 – Program Penghayatan Qurban di KOA Pian merakamkan suasana yang meriah dengan beberapa aktiviti yang telah dijayakan oleh barisan kakitangan MUIP Temerloh, Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM daerah Temerloh, PePIMA dan juga jemputan-jemputan khas.

Program juga dihadiri oleh Al-Fadhil Qadhi daerah Temerloh daripada Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh bagi meraikan majlis penghayatan qurban ini. Sesi sembelihan telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Imam Besar Masjid Abu Bakar Mentakab, Ustaz Mohd Azmir Al-Rashid Bin Abdul Rahman dengan lancar.

Sebanyak 2 ekor lembu telah disembelih bagi tujuan infaq dan dijadikan menu untuk hidangan. Di samping itu, aktiviti merewang dan gotong-royong dalam menyediakan makan tengah hari daripada daging qurban dalam keadaan meriah apabila penduduk kampung turut bekerjasama dengan pihak penganjur serta urusetia.

Tidak lupa juga untuk diadakan solat berjemaah bersama penduduk Islam KOA Pian serta pengisian disampaikan oleh Pegawai Dakwah MUIP Temerloh. Tambahan pula, pengisian telah diselangi dengan soalan kuiz dan penyampaian hamper kepada yang berjaya menjawab kuiz.

Program berakhir dengan sesi jamuan dan bersurai. Oleh itu, pihak MUIP Temerloh mengucapkan setinggi-tinggi syukur atas program ringkas ini sebagai tanda penghargaan dan tujuan meraikan penduduk Islam di Kampung Orang Asli Pian. Justeru itu, diharapkan moga majlis ini beroleh ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

#caknadakwah #eiduladha1434h #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat