JENGKA. 23 April 2022 – BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK ORANG ASLI

JENGKA – 23 APRIL 2022

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang telah membawa 25 pelajar Orang Asli yang kini menuntut di Sekolah Menengah Agama Agama Negeri Pahang ke Pasaraya Mydin Jengka bagi mencari baju raya pilihan mereka sendiri.

Dari raut wajah anak- anak pelajar hari ini, sangat gembira dan seronok dapat berjalan dan memilih kelengkapan raya sendiri. Guru pengiring juga melayan mereka memilih kelengkapan raya seperti anak-anak sendiri serta kerjasama dan layanan dari pihak Mydin Jengka juga sangat mesra serta anak- anak pelajar menerima buah tangan dari Mydin Jengka.

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang menyediakan RM250.00 untuk setiap pelajar bagi tujuan pembelian sepasang baju melayu dan baju kurung.

Pemberian ini bagi meraikan anak-anak pelajar Orang Asli yang bersekolah di SMAN dan agar mereka bersemangat untuk menimba ilmu seterusnya kelak menjadi orang yang memberi ilmu pula.

#Muipcakna
#Muipprihatin
#Ramadanbulanbarakah
#baitulmalpahang
#asnafzakat
#terimakasihpembayarzakat