JENGKA. 27 April 2022 – AGIHAN BANTUAN TAHUNAN AIDILFITRI & IFTAR BERSAMA SAUDARA MUSLIM ORANG ASLI

JENGKA, 27 April 2022: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Jengka telah mengagihkan Bantuan Tahunan Aidilfitri kepada golongan saudara muslim daerah Jengka di perkampungan Orang Asli Sungai Bangkong dan Sematau.

Seramai 62 orang ketua keluarga telah menerima bantuan berkenaan, yang berjumlah RM 34,000 secara keseluruhannya.

Selain dari menerima bantuan, mereka juga turut menunaikan kewajipan untuk membayar zakat fitrah bagi diri dan keluarga yang berada di bawah tanggungan mereka, menerusi Amil Zakat Fitrah yang dibawa bersama ketika agihan bantuan dilaksanakan di perkampungan mereka.

Semoga bantuan tahunan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh golongan berkenaan untuk menyambut perayaan Aildilfitri yang bakal tiba dan menceriakan mereka, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka dan antara agensi agama di wilayah pentadbiran Qadhi Jengka.

#MuipJengka
#MuipCakna
#MuipPrihatin
#BaitulmalPahang
#ZakatPahang
#BantuanTahunanAidilfitri
#TerimaKasihPembayarZakat